Rabu, 29 Oktober 2014
Selasa, 28 Oktober 2014
SESETENGAH HAIWAN YANG TELAH PUPUS
KEPUPUSAN HAIWAN DISEBABKAN MANUSIA YANG MEMBURU SECARA HARAM UNTUK MENDAPATKAN HASIL BURUAN ..
BURUNG DODO : Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.
MAMMOTH: Mammoth ialah spesies-spesies dari genus Mammuthus yang telah pupus. Proboscidean2 ini tergolong dalam Elephantidae, keluarga gajah2 dan mammoth2, yang juga mempunyai pertalian dengan gajah2 moden. Biasanya mammoth2 ini memiliki gading2 yang berlengkok panjang, manakala spesies2 di utara memiliki rambut/bulu panjang yang lebat di seluruh badan.
MAMMOTH: Mammoth ialah spesies-spesies dari genus Mammuthus yang telah pupus. Proboscidean2 ini tergolong dalam Elephantidae, keluarga gajah2 dan mammoth2, yang juga mempunyai pertalian dengan gajah2 moden. Biasanya mammoth2 ini memiliki gading2 yang berlengkok panjang, manakala spesies2 di utara memiliki rambut/bulu panjang yang lebat di seluruh badan.
Mammoth2 ini hidup ketika zaman Pliocene (Pliocene epoch) kira2 dari 4.8 juta hingga 4,500 tahun lalu.
Perkataan "mammoth" ini sebenarnya berasal daripada bahasa Rusia iaitu "mamont" (MaMoHT), yang mungkin lebih dulu berasal daripada bahasa Vogul (Mansi) iaitu "mang ont" yang bermakna "tanduk bumi".
TASMANIAN TIGER: Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.
Quagga (Equus quagga quagga): ialah sejenis spesies yang telah pupus yang menyerupai kuda belang. Ia pernah ditemui dalam jumlah besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan dari kuda belang lain dengan memiliki tanda pada bahagian hadapan tubuh. Seperti kuda belang yang sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai, begitu juga quagga. Nama Quagga berasal dari kataKhoikhoi untuk kuda belang. Quagga pupus akibat perburuan oleh manusia yang berusaha mendapatkan daging dan kulitnya.
Sejak pendudukan Belanda di Afrika Selatan bermula, quagga banyak diburu, dan ia bersaing dengan haiwan ternakan untuk mencari makan. Walaupun beberapa ekor telah ditangkap untuk zoo di Eropah, program pembiakan tidak berjaya. Haiwan liar yang terakhir tinggal di Orange Free State dan quagga pupus dalam hutan belantara pada 1878. Spesimen dalam kurungan terakhir mati di Amsterdam pada 12 Ogos 1883. Cuma seekor quagga pernah diambil gambarnya ketika hidup dan hanya 23 kulit masih terpelihara hari ini. Pada tahun 1984, quagga menjadi haiwan pupus pertama yang DNAnya dianalisis, dan Projek Quagga cuba untuk mencipta ciri-ciri bulu haiwan ini dengan pembiakbakaan terpilih kuda belang Burchell.
Langgan:
Catatan (Atom)